دانلود کتاب Morpho-syntactic Features of Mahri Language in Yemen: An Ethno-narrative Study
by Saeed Saad Najadan Al-Qumairi
|
عنوان فارسی: ویژگی های مورفو-نحو زبان ماهری در یمن: مطالعه ی روان شناختی |
دانلود کتاب
جزییات کتاب
Menurut keperluan UNESCO (1993) yang menyarankan supaya ‘Projek Bahasa-bahasa Terancam’ dipelopori, matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis ciri-ciri morfo-sintaksis dalam bahasa Mahri. Bahasa puak yang ditutur oleh kumpulan minoriti di Yaman ini sangat kurang menerima perhatian yang mungkin boleh membawa kepada kepupusan warisan lisan ini, Simeone-Senelle (1997) dan Rubin (2010). Laporan penyelidikan ini semestinya terhad kepada pemaparan ruang hubung antara morfologi dan sintaks, bertumpu kepada ciri-ciri formal dalam bahasa yang tersirat dalam perkataan, yang membentuk perhubungan antara struktur frasa serta mempengaruhi turutan perkataan secara tipologi dalam ayat. Untuk mengaitkan Mahri dengan ideologi dan konteks sosiobudaya dalam masyarakat, laporan ini menjalankan dua kaedah: pendekatan naratif dan pendekatan etnografi, yang mana penyelidik ini yang juga penutur asli bahasa ini telah memilih data dan struktur ayat sebenar secara rawak daripada teks bertulis yang tipikal, khususnya cerita dongeng dan puisi lirik. Dengan menggunakan teori X-bar oleh Chomsky sebagai alat analisis kajian ini, hasil penyelidikan menunjukkan bahawa bahasa Mahri sangat bersifat morfologi yang terdiri daripada pelbagai jenis ciri-ciri kesesuaian seperti jantina, angka dan manusia selain ciri-ciri sintaksis yang diperlihatkan melalui kasus nominatif, akusatif, datif dan genetif. Menurut hakikat bahawa subjek dan predikat tiada simetri, telah didapati bahawa turutan perkataan sintaksis dalam bahasa Mahri dianggap sebagai pilihan. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini diharap dapat menyumbang serta menambahkan maklumat baru kepada kekurangan dalam ilmu bidang linguistik dan kajian Semitik yang mana Mahri merupakan satu cabang daripada kumpulan terbesar di Asia Barat.